Contoh pelakon bertudung, Amyra ‘inspirasikan’ Mira Filzah!

Hebahkan !!!

Menurut isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, Mira menjadi contoh terbaik bagi pelakon bertudung, namun rezekinya tidak pernah berhenti walaupun ada yang menganggap tudung akan menjadi penghalang dalam kepelbagaian watak.

“Saya memandang tinggi Mira Filzah sebagai contoh untuk pelakon yang bertudung. Peminat sukakan seseorang artis itu kerana diri artis berkenaan dan bukan penampilannya.

“Walaupun Mira bertudung, kita dapat lihat macam-macam rezeki dan anugerah yang dia dapat. Jadi, rezeki Allah itu sentiasa ada kalau kita mengikut jalan-Nya,” katanya kepada Harian Metro.

Amyra, 30, yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Sabarlah Duhai Hati, turut bersyukur kerana dua gandingannya dalam drama itu iaitu Saharul Ridzwan dan Izzue Islam sentiasa menjaga batasan mereka.

“Saharul dan Izzue pun menjaga batasan mereka kerana masing-masing adalah suami orang.

“Jadi, saya selesa bekerja dengan mereka dan kami selalu berbincang terutamanya dengan Saharul, bagaimana nak menjayakan babak romantis tapi tanpa perlu bersentuhan.

“Selain perlu bijak mencari idea bagi menjayakan babak itu, teknik kamera juga penting untuk mencari sudut yang sesuai,” katanya.

Kini, selepas setahun bertudung, Amyra bersyukur kerana rezeki lakonannya semakin bertambah, di samping rezeki lain buatnya dan keluarga.

Terbaru, Amyra juga dilantik menjadi duta Islamic Audio Device Mommy Hana bersama pelakon, Nad Zainal.

“TAKUT KEHILANGAN DIA” – SAKINAH AKUI MENGGELETIS NAK KAHWIN JEJAKA SWEDEN

Leave a Reply