Bergaduh kerana vape

Hebahkan !!!
© Provided by Harian Metro RAKAMAN video pergaduhan di sebuah pusat beli-belah. FOTO tular mhafis

Kuala Lumpur: Tidak puas hati kerana seorang rakan mereka khayal dan pengsan selepas menghisap vape menyebabkan berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainal Abdullah berkata, susulan itu polis kemudian menahan 16 individu berusia 13 hingga 25 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan kumpulan itu apabila seorang daripada mereka berada dalam keadaan khayal dan pengsan selepas menghisap vape.

“Hasil ujian saringan urin semua tangkapan didapati negatif.

“Tangkapan direman selama tiga hari bermula pada hari ini untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya bersama-sama menjaga keharmonian masyarakat supaya kita semua dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera.

“Orang ramai juga diminta supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

LAMA MENYEPI, RUPANYA ALONG AYZENDY SAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *