Polis buka kertas siasatan wanita dakwa dicabul ahli politik

Hebahkan !!!
#POLIS

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dicabul ahli politik di kediamannya di Taman Bukit Melawati pada Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, laporan itu dibuat wanita berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lalu.

Dalam laporan itu, wanita berkenaan mendakwa kejadian berlaku di antara Julai atau Ogos tahun lalu ketika mangsa dan suaminya telah dilawati oleh rakan baik mereka yang juga seorang ahli politik bersama isterinya di kediaman mereka.

Wanita berkenaan melaporkan kejadian berlalu pada awal pagi pagi ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu.

Mangsa mendakwa dirinya telah dicium selain payudaranya diramas oleh suspek.

“Setelah suspek menyedari mangsa tersedar dari tidur, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya.

“Pengadu takut untuk membuat sebarang aduan polis selama ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan di antara pengadu dan suspek,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

Datuk Seri’ dikesan bantu siasatan jenayah komersial, pengubahan wang haram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *