FOTO DIAPIT KAKAK & ABANG IPAR – NEELOFA DITEGUR

Hebahkan !!!

Semua sedia maklum mengenai pernikahan Noor Nabila dengan ahli perniagaan, Engku Emran yang berlangsung semalam. Namun apa yang menarik perhatian, foto adik kepada Nabila iaitu selebriti terkenal, Noor Neelofa bergambar dengan kakak dan abang ipar itu telah mengundang rasa kurang senang orang ramai

Dari sisi lain, gambar tersebut menunjukkan Neelofa sedang mengambil ‘wefie’ sambil diapit kedua-dua mempelai. Di Facebook, seorang penulis iaitu Dr Syahr Musafir tampil menegur tindakan Neelofa yang dianggap tidak bersesuaian lebih-lebih lagi apabila dia sudah berpurdah.

 

Katanya, adik ipar perlu memahami bahawa abang ipar adalah bukan mahram dan mereka perlu menjaga batas aurat serta pergaulan. Tambahnya, apabila melihat gambar tersebut dia berasa seseorang perlu menegur perbuatan tersebut adalah salah. Malah, orang terdekat juga perlu memainkan peranan penting.

Dia berpendapat susunan yang betul adalah Neelofa berada di sebelah kiri Noor Nabila supaya lebih terjaga dan dijauhkan fitnah. Dr Syahr Musafir menjelaskan apa yang ditulisnya adalah untuk peringatan bersama supaya dapat saling mengingatkan ke arah kebaikan. Dia tidak mahu cara bergambar ini dijadikan trend di atas alasan selebriti melakukannya.

 

BILA NOOR NABILA DILAMAR ENGKU EMRAN ATAS HOT AIR BALLOON

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *