“DIA TAK BAGI” – BERTUAH AYDA JEBAT, SUAMI BANTU BUAT KERJA RUMAH

Hebahkan !!!

“Kita berdua ada persamaan tapi banyak perbezaan. Dia berhati wanita, lembut, sopan dan buat semua kerja isteri. Haha! Basuh pinggan, kemas rumah, buang sampah, masak dan semua. Saya.. Eh, bukan saya tak nak buat, dia yang tak bagi,” tulis penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Hampir tiga bulan melayari bahtera berumah tangga, pasangan selebriti itu dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka. Malah, Ayda sangat beruntung dikurniakan suami, pengacara dan pelakon Nabil Mahir yang ringan tulang.

Ujarnya, bukan kerana dia tidak mahu buat tetapi Nabil melarangnya untuk melakukan kerja rumah. Kata Ayda lagi, dia sangat bertuah memiliki Nabil dalam hidupnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan pasangan suami isteri itu. Malah, Nabil turut meninggalkan komen mengatakan dalam Islam segala kerja rumah sebenarnya tugas seorang suami.

Untuk makluman, Ayda bertunang dengan Nabil pada April tahun lalu secara atas talian sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

FARAWAHIDA KONGSI KISAH DETIK PERTEMUAN DENGAN SUAMI BARU

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *