AYAH MUAT NAIK FOTO KAHWIN – ELIZABETH TAN DAH BERGELAR ISTERI?

Hebahkan !!!

Nama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan kini sedang diperkatakan selepas tersebar berita dimana mengejutkan ramai pihak apabila didakwa sudah pun berkahwin dengan jejaka pilihan hati.

Malah, tular di laman Twitter perkongsian seorang netizen berkongsikan posting di Facebook dipercayai milik ayah Elizabeth atau mesra disapa Lizzy iaitu David Tan Suan Chew semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, David ada memuat naik foto memaparkan anaknya bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, seorang pengguna Instagram, @_esthygram_ dipercayai rakannya turut memuat naik beberapa posting memaparkan penyanyi sudah pun berkahwin. Malah, turut berkongsikan video mamaparkan kedua pengantin bercium sebaik sahaja disahkan bergelar suami isteri. ”

Bulan lalu, penyanyi itu mengenakan gaun perkahwinan yang dikongsi di Instagram, namun ia hanya sekadar gimik bagi tujuan mempromosikan single baharu. Namun siapa sangka Elizabeth Tan benar-benar sudah berkahwin. Tahniah kami ucapkan buat Elizabeth dan pasangan.

Syura dapat tawaran RM100,000 layan ‘sugar daddy’

Leave a Reply