Program Imunisasi COVID-19 buka peluang ketibaan lebih ramai pelancong, kata Duta Jepun Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi

Hebahkan !!!
19/03/2021 10:14 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac  — Program imunisasi COVID-19 yang sedang berlangsung bakal membuka ruang kepada lebih ramai pelancong Malaysia mengunjungi Jepun dan sebaliknya, kata Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.

Beliau berkata sebaik program imunisasi dapat menstabilkan jumlah kes, akan ada lebih banyak lawatan timbal balik oleh pelancong kedua-dua negara.

“Kami mempunyai hampir setengah juta pelancong dari Malaysia yang mengunjungi Jepun, dan setengah juta rakyat Jepun berkunjung ke Malaysia setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan geran kerajaan Jepun kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa ini sempadan Jepun masih ditutup untuk pelancongan dan berharap akan dibuka secara bertahap selepas darurat di wilayah Tokyo ditarik balik pada 21 Mac.

Mengulas mengenai majlis itu, Oka berkata empat NGO tempatan memperoleh geran di bawah program Grass-roots Human Security Projects (GGP).

Jumlah keseluruhan geran RM814,280 dan senarai penerima ialah Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan, St Nicholas’ Home, Pulau Pinang dan Eden Handicap Service Centre.

Sejak 1989 hingga Mac 2021, GGP sudah menyumbang sebanyak RM18.7 juta untuk 154 projek di seluruh Malaysia.

— BERNAMA

Shahidan cabar Umno, nak buang Perlis, buanglah

Leave a Reply