NABILA RAZALI TAK NAK MENYANYI LAGI?

Hebahkan !!!


Isu yang melanda penyanyi Nabila Razali berhubung nyanyian terkucil di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan. Nabila menerusi Insta Story telah memuat naik entri yang mengundang tanda tanya netizen. Ini kerana Nabila telah berkongsi kenyataan seakan telah membuat satu keputusan.

Dalam satu lagi perkongsian, Nabila berkata keputusannya untuk berada di atas pentas adalah keputusannya dan dia tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat.

“Ia adalah keputusan saya untuk berada di pentas itu dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal. Tolong jangan salahkan pengurusan saya kerana mereka bekerja keras untuk capai impian saya,” tulisnya.

Nabila yang juga seorang pelakon itu turut berterima kasih kepada semua yang menyokong serta memikirkan ini adalah keputusan yang tepat yang perlu dibuat.

Perkongsian Nabila tersebut sekaligus membuatkan banyak pihak tertanya-tanya. Meskipun tidak jelas mengenai statusnya itu, namun ramai beranggapan penyanyi berkenaan seolah sudah berjauh hati dan bakal meninggalkan dunia nyanyian.

 

 

“DIA PUN SOLO & USIANYA MUDA DARIPADA SAYA” – EZLYNN AKUI RAPAT DENGAN SESEORANG

Leave a Reply