“DIA PUN SOLO & USIANYA MUDA DARIPADA SAYA” – EZLYNN AKUI RAPAT DENGAN SESEORANG

Hebahkan !!!


“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, dia orang biasa saja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.

“Bagi saya, dia seorang yang matang dan memahami. Kami bertemu ketika kerap bermain badminton sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Apa yang boleh dikongsikan setakat ini, kami berkawan.

“Saya berserah, jika Allah kata itulah jodoh saya, saya terima,” kata penyanyi Ezlynn yang mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bukan Melayu sejak lebih setahun lalu.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 39, berkata, dia selesa berkawan dengan lelaki itu kerana sikapnya yang memahami dan berfikiran matang.

Ditanya sejauh mana keinginannya untuk kembali bergelar isteri selepas berpisah dengan bekas suami yang juga pengurusnya ketika itu, Ezlynn mengakui bukan mudah untuk kembali membina perhubungan baru.

“Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada, cuma bila ia tidak menjadi membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.

“Apabila sudah tahu apa yang hati kita ingini dan bila sudah tahu apa kelemahan seseorang lelaki itu, kalau anda berada di tempat saya, mungkin anda tidak akan beri si dia peluang kedua atau ketiga lagi.

“Kalau buat silap sekali, ‘bye-bye’ lah. Jadi perkara itu sukar buat saya sebab kita sudah tahu apa yang kita mahukan dalam perhubungan” ujarnya.

Ezlynn yang bercerai dengan bekas suami, Adam Fahmy pada Oktober 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata itu berkata, dia selesa dengan keadaannya sekarang kerana dia boleh hidup sendiri dan tidak menyusahkan orang lain.

“Kalau lelaki datang nak buatkan kita gembira tak apalah, tapi kalau datang nak memeningkan atau menyusahkan, tidak payah. Kalau ada yang boleh menggembirakan saya, Insya-Allah saya terimanya dengan hati terbuka,” tuturnya.

“Korang Obses Dengan Sharifah Rose” – Izara Aishah

Leave a Reply