Tak perlu dua darjat, saya akan bayar saman secara sukarela – Najib

Hebahkan !!!

Bekas Perdana Menteri mengakui membuat kesilapan semasa mengunjungi sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur dengan tidak mendaftar nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera

“Saya menerima baik kritikan dan pandangan. Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng. Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga.

“Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana. Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

“Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

[VIDEO] ‘Jaga Jebat elok-elok naaa’ – Sharnaaz Ahmad

Leave a Reply