NABILA RAZALI MINTA JANGAN SALAHKAN PIHAK PENGURUSAN: “IT WAS MY DECISION… NO REGRETS”

Hebahkan !!!


“Thank you everyone for the love and support. But I think, this is it. It was my decision to put myself on stage. It was my choice and I’ve enjoyed every second of it. No regrets.

“Please do not put my management into blame as they worked really hard to fullfill my dreams,” ujar penyanyi Nabila Razali menerusi InstaStories miliknya.

Nabila yang seorang pelakon itu menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap dirinya sewaktu mempersembahkan lagu ‘Peluang Kedua’ di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Jelas Nabila atau mesra disapa Bella, dia sedikit pun tidak berasa menyesal untuk membuat persembahan di pentas sebesar AJL kerana menyifatkan segala keputusan yang dibuat adalah dengan kehendaknya sendiri.

Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini turut berharap agar semua tidak meletakkan 100 peratus kesalahan tersebut di bahu pihak pengurusannya.

Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan pihak pengurusannya juga telah melakukan yang terbaik demi memastikan segalanya berjalan lancar buat dirinya pada malam tersebut.

Terdahulu, isu melibatkan Nabila Razali di pentas AJL35 telah pun mendapat perhatian ramai pihak termasuk penyanyi senior seperti Datuk Hattan, Datin Alyah, Siti Sarah dan ramai lagi.

Rata-rata beranggapan Nabila telah pun melakukan yang terbaik malah, keberaniannya dalam menghabiskan persembahan tersebut sememangnya layak untuk diberikan pujian.

 

“BUKAN KITA KAHWIN UNTUK BERCERAI” – RUHAINIES TAK SUKA DIPAKSA

Leave a Reply