KESIHATAN MENTAL MAKIN TERUK – SAKINAH MOHON MAAF, BAKAL PINDAH LUAR NEGARA

Hebahkan !!!

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya nak anda semua faham yang kesihatan mental saya semakin teruk ketika ini. Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini,” demikianlah kata pelakon Sharifah Sakinah.

Adik kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah atau Shiera itu memohon maaf selain memberitahu dia bakal meninggalkan tanah air dan berpindah ke luar negara tidak lama lagi. Ini kerana kata Sakinah, mentalnya ketika ini semakin teruk.

Seperti yang diketahui umum, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menghidap penyakit ‘Attention-Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ADHD.

Menerusi rakaman video rancangan bual bicara Hard2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, Sakinah menjelaskan status kesihatan kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.

Sebelum ini, Sakinah memaklumkan akan berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarganya selepas drama terakhir lakonannya, ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ tamat pada Isnin lalu.

Sekadar informasi, Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden iaitu Michael Hansen pada tahun lalu dan akan berkahwin pada Mei depan.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun. Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.

 

NABILA RAZALI MINTA JANGAN SALAHKAN PIHAK PENGURUSAN: “IT WAS MY DECISION… NO REGRETS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *