Erra doakan Engku Imran bahagia bersama Nabila

Hebahkan !!!

AKTRES Erra Fazira mendoakan bekas suaminya, Engku Emran berbahagia bersama pasangan pilihan yang baharu dinikahi, Noor Nabila. Erra menitipkan tahniah dan mendoakan hanya terbaik untuk pasangan yang melangsungkan pernikahan pagi tadi itu.

“Tahniah kepada kedua mempelai. Didoakan segala yang terbaik dan terbahagia buat pengantin serta anakku,” katanya kepada Utusan.

Engku Emran melangsungkan pernikahan dengan Noor Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti yang juga usahawan,  Neelofa.

Pernikahan itu menamatkan segala desas desus mengenai hubungan intim mereka sebelum ini.

Nabila dinikahkan oleh adiknya, Mohd Aqief Mohd Noor di sebuah masjid di Kuala Lumpur dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Erra berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

 

NOOR NABILA SAH ISTERI ENGKU EMRAN – SHARNAAZ & NEELOFA UCAP TAHNIAH, DOAKAN BAHAGIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *