“Dia Matang Dan Memahami,” – Ezlynn Mengaku Rapat Dengan Lelaki Bukan Melayu, Kenal Ketika Sama-Sama Main Badminton

Hebahkan !!!

Penyanyi Ezlynn mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bukan Melayu lebih setahun lalu.

Menyifatkan hubungan mereka masih lagi baru, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini senang berkawan dengan si dia yang juga seorang pekerja swasta itu kerana sikapnya yang memahami dan berfikiran matang.

Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 39, bagaimanapun berserah kepada takdir apabila berkongsi bicara mengenai soal jodoh.

“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, orang biasa sahaja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.

“Bagi saya, dia seorang yang matang dan memahami. Kami berkenalan sekitar setahun dua. Bertemu ketika kami saling bermain badminton, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini, kita berkawan. Saya berserah, kalau Dia kata itulah jodoh saya, saya terima,” katanya kepada MH.

Ditanya sejauh mana keinginannya untuk kembali bergelar isteri selepas berpisah dengan bekas suami yang juga pengurusnya pada ketika itu, Adam Fahmy pada Oktober 2017, Ezlynn mengakui bukan mudah untuk kembali membina perhubungan baru.

“Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada. Cuma bila ia tidak menjadi, membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.

“Bila kita sudah tahu apa yang hati kita ingini dan bila sudah tahu apa kelemahan seseorang lelaki itu… Kalau anda berada di tempat saya, mungkin anda tidak akan beri si dia peluang kedua atau ketiga dah.

“Kalau buat silap sekali, ‘bye-bye’ lah. Jadi hal itu sukar buat saya sebab kita dah tahu apa yang kita mahukan dalam perhubungan. Mungkin juga saya selesa dengan status begini. Sebab saya sejak dulu sudah pun ‘survive’ sendiri. Kita tidak menyusahkan orang.

“Sudah selesa, gembira macam ni. Kalau si dia datang nak buatkan kita gembira tak apalah, tapi kalau datang nak memeningkan atau menyusahkan, tidak payah.

“Kalau ada yang boleh menggembirakan saya, Insya-Allah saya terimanya dengan hati terbuka,” katanya.

Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran Sabun Toyyib, sabun pewangi dengan tekonolgi Endcap pertama di Malaysia dan berstatus halal di Klang, Selangor pada Rabu.

 

Menyokong perniagaan yang diusahakan peniaga bumiputera, Ezlynn turut sama teruja dengan pelancaran produk pembersih berkenaan, apatah lagi ia menekankan elemen halal yang pastinya boleh digunakan tanpa ragu oleh semua lapisan masyarakat.

Syarikat yang mengeluarkan siri produk pencuci ini sudah ebih setahun beroperasi dengan lima variasi termasuk sabun pencuci pakaian dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengarah Syarikat Norshahila Mohd Noor bersama suami, Naim Saidon yang membangunkannya bersama Faiz Hairudin, optimis menegaskan, sebagai syarikat milik penuh bumiputera, produk Sabun Toyyib mempunyai kelebihan tersendiri dengan empat fungsinya iaitu pembersih, pelembut, pewangi dan anti-bakteria.

 

 

“Kami bangga kerana produk kami memenuhi kriteria berish dan suci untuk pengguna serta memberikan kesan terbaik,” katanya.

Pada masa sama, Sabun Toyyib turut membuka peluang perniagaan dan mempunyai lebih 3,000 orang Mater Sokis, Stokis, Master Ejen dan Ejen di Seluruh Malaysia.

Selain pencuci pakaian, Sabun Toyyib turut mempunyai produk lain seperti Dishwash Lemon, Hand Wash, Hand Sanitizer dan Multipurpose Spray.

 

Sehingga kini, Sabun Toyyib telah pun terjual lebih 100,000 botol sejak ia diperkenalkan di pasaran dan optimis untuk meluaskan lagi pemasarannya ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Sabun Toyyib dijual di dalam dua saiz berbeza iaitu 4 kilogram (RM20) dan 10 kilogram (RM30).

“BUKAN KITA KAHWIN UNTUK BERCERAI” – RUHAINIES TAK SUKA DIPAKSA

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *