“TV SEMAKIN TIADA BAJET…” – IZARA AISHAH PELIK INSTAFAMOUS BANYAK JADI PELAKON

Hebahkan !!!

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet disebabkan Covid-19 ke?” tulis pelakon Izara Aishah yang berasa pelik melihat keadaan dimana ramai personaliti media sosial atau Instafamous sejak kebelakangan ini muncul menerusi drama tempatan.

Berkongsi perkara tersebut menerusi Twitter, Izara juga mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih Instafamous disebabkan bayaran lebih murah.

Status Izara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mempersoalkan perkara sama serta mengatakan mungkin produksi tidak mampu membayar pelakon yang sudah mempunyai nama.

Tidak kurang juga, ada yang berpendapat stesen TV memilih Instafamous kerana jumlah pengikut mereka yang ramai sekaligus dapat meraih rating tinggi.

Namun ada yang mengatakan tiada masalah jika Instafamous itu berbakat, tetapi kebanyakan yang menjadi pelakon semuanya ‘kayu’.

TEGURAN ‘PEDAS’ INDIVIDU ISU ANAK SEKSI – AZHAR SULAIMAN AJAK BERSEMUKA

Leave a Reply