SELESAI AJL35 – ERNIE AKAN UMUM TARIKH NIKAH DALAM MASA TERDEKAT

Hebahkan !!!

  

Episod baharu kini bermula bagi pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel selepas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) berakhir Ahad lalu. Selesai satu urusan penting dan kini Ernie dan tunangnya itu berkira-kira hari untuk menjadi suami-isteri.

Baru-baru ini, timbul khabar angin mula bertiup kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Bagaimanapun Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata buat masa ini mereka tidak dapat membuat pengumuman rasmi kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan penting.

“Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, InsyaAllah. Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan mereka berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.

Namun ia hanya sekadar khabar angin dan hanya tuan badan sahaja yang mengetahuinya. Kita tunggu sahajalah pengumuman rasmi daripada mereka berdua.

Sebelum ini, Ernie yang juga pemenang trofi Vokal Terbaik AJL35 itu berkata dia merancang untuk melangsungkan pernikahan sebaik sahaja acara berprestij tersebut berakhir.

“Apa yang saya boleh katakan dan kongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah… kami akan langsungkan perkahwinan. Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak,” katanya.

Untuk makluman, penyanyi lagu ‘Ku Bersuara’ itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat.

 

“TV SEMAKIN TIADA BAJET…” – IZARA AISHAH PELIK INSTAFAMOUS BANYAK JADI PELAKON

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *