Biodata Noor Nabila, Kakak Pelakon Neelofa

Hebahkan !!!

Noor Nabila Mohd Noor atau nama popularnya, Noor Nabila merupakan seorang usahawan wanita yang memegang peranan sebagai Pengarah Urusan syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd.

Adik-beradiknya termasuk, pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera Khan (instafamous) dan Athisha Khan (instafamous).

Biodata

  • Nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor. Lebih dikenali dengan nama komersial, Noor Nabila atau Nabila.
  • Lahir pada 4 September 1984 dan kini berumur 36 tahun.
  • Berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
  • Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.
  • Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diusahakannya bersama keluarga.
  • Berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun angkara pergolakan rumah tangga, mereka kini dilaporkan sedang dalam proses perceraian.
  • Terlebih dahulu, Nabila bernikah pada Julai 2013 dan perkahwinan pertamanya itu juga tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noornabila sehingga kini mencatatkan lebih 982,000 pengikut.

 

Fakta Menarik

  • Anak kepada pasangan Mohd Noor (bapa) dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu).
  • Berketurunan Melayu daripada sebelah bapanya, selain berdarah Pakistan dan Arab yang diwarisi daripada ibunya.
  • Anak tiri kepada Dato’ Abdul Halim Khan Lall Khan.
  • Kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Neelofa.
  • Mempunyai lima orang adik-beradik berlainan bapa.

Kredit foto: Instagram Noor Nabila

‘Takkan semua benda nak kongsi’ – Noor Nabila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *