AZRINAZ SAMAKAN AJL35 DENGAN WOW SHOP: “BUKAN SAJA MEREPEK, TAPI HILANG AURANYA”

Hebahkan !!!

Pelbagai isu yang timbul berhubung Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung pada malam Ahad lalu. Terkini, bekas personaliti televisyen iaitu Azrinaz Mazhar Hakim menerusi laman Instagram telah mempertikaikan kualiti program tersebut.

Azrinaz mendakwa anugerah berkenaan hambar kelihatan seperti rancangan menjual barangan dan sudah kehilangan auranya. Menurut Azrinaz, sepatutnya segmen penaja tersebut tidak dilakukannya berlebihan selain mempertikaikan pemakaian hos.

“Apa sudah jadi dengan Anugerah Juala Lagu #AJL35? Sebuah rancangan tahunan yang sepatutnya membariskan lagu-lagu berkualiti dengan produksi yg mantap dan gah-nya tetapi bertukar menjadi hambar. Bukan saja merepek, tapi hilang auranya. Paling mengejutkan, AJL35 kali ini seperti sebuah rancangan menjual barangan spt ‘Wow Shop’.

“Dengan segmen khas diwujudkan utk mempromosi penaja spt gambar ini. Pemakaian 2 host tertera yang ‘out of date’ tiada konsep dan hala tuju. Tocang panjang dan huruf nama penaja sebesar-besar alam nak pergi mana? Nak jual baju raya ke apa? Adakah kita masih dalam tahun 1995?

Klik untuk gambar besar

“Pengacara tetap pula ditekankan untuk menyebut nama2 sponsor sepanjang masa sehingga berjela-jela.. buang masa

“Saya teringat program Oscar mahupun Grammy Award, dimana penyampai naik ke pentas dan terus mengumumkan nama pemenang. And the award goes to..” tidak salah untuk selitkan usikan dan hiburan malah ia amat dialu-alukan, tetapi dengan menyebut nama2 penaja yg berulangkali sungguh meloyakan

“Saya mengikuti anugerah ini setiap tahun sejak dibangku sekolah. Malah saya juga pernah secara langsung terlibat dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu satu ketika dulu. Kalau dulu ia mempamerkan penyanyi yang tiada tolok bandingan seperti Francisca Peter, Aris Ariwatan, Amy Search mahupun penyanyi baru seperti Hazama, Akim Majistrate juga tidak kurang hebatnya. Malang sekali tahun ini barisan artist gagal memberikan klimaks #nostim

“Sorry but not sorry, AJL 35, you have lost your prestige @tv3malaysia @mediaprimabhd,” katanya.

 

BERBAIK DENGAN SUAMI – INDIVIDU KURANG SENANG, GANGGU KELUARGA PUTERI SARAH

Leave a Reply