“JANGAN TERTEKAN DENGAN WARGANET” – ALIFF SYUKRI NASIHAT SAJAT MENYERAH

Hebahkan !!!

 

“Kita sebagai seorang manusia, perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi. Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad.

“Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang,” itulah kata-kata usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri kepada sahabatnya yang juga usahawan kosmetik iaitu Sajat, susulan isu murtad.

Aliff menasihatkan Sajat untuk menghormati undang-undang dan agama Islam. Aliff turut meminta Sajat menyerah serta tidak mempermainkan isu murtad sebaliknya menjadi seorang manusia yang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sudah lama tidak berhubung dengan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman namun mendiakan agar sahabatnya itu sentiasa tabah dengan segala ujian.

“Saya tidak mahu terlibat dalam urusan dia dan sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung. Saya doakan yang terbaik untuk dia,” tuturnya.

Terdahulu, kecoh mengenai satu video mengenai Sajat dimana memaparkan usahawan kosmetik itu seolah memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam.

“TAWARAN GURU BAHASA INGGERIS… KALAU MEREKA SUDI, SAYA SEDIA TIIMBANGKANNYA” – ADIBAH NOOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *