RASA SIA-SIA SOLAT – AISHAH AZMAN KINI BERHIJAB, PADAM FOTO TAK TUTUP AURAT

Hebahkan !!!

 

“Alhamdulilllah… ya betul sekarang saya sudah berhijab. Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.

“Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.

“Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab… Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya,” demikian kata pelakon Aishah Azman.

Aishah turut berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto dirinya berhijab berrsama kapsyen luahan rasa syukur atas penghijrahan itu menerima pujian daripada netizen di laman sosial.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan penghijrahan Aishah dan memuji penampilan terbaharu adik kepada pelakon Afiq Muiz itu yang kelihatan cantik bertudung.

Pemilik nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 25, ketika dihubungi media, mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung dan akhirnya nekad melakukan penghijrahan pada Jumaat lalu.

Menurut Aishah, dia perlu mengorbankan banyak perkara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan turut bersyukur keluarga memberi sokongan penuh dengan perubahan imej terbaharunya itu.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, pelakon drama siri ‘Bukan Cinta Aku’ ini juga memberitahu dia sudah memadam semua foto dalam penampilan seksi di laman sosial.

Kata Aishah, dia juga akan lebih memilih tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej berhijab dan memohon agar semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab.

“Insya-Allah, selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

‘Takkan semua benda nak kongsi’ – Noor Nabila

Leave a Reply