Ramai Wanita Tak Keruan Tengok Da’i Syed Pakai Apron Buat Cookies

Hebahkan !!!

Meskipun namanya terpalit dengan kontroversi panas sebelum ini, namun ia tidak membuatkan ramai wanita berhenti meminati pendakwah muda, Da’i Syed.

Baru-baru ini, Da’i Syed ada memuat naik beberapa keping gambar di Instagram seolah memberi bayangan mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual biskut atau ‘cookies’.

Menerusi gambar itu, Syed dilihat memakai apron sedang membuat biskut sambil tersenyum manis sekaligus menonjolkan lagi kekacakannya.

Gambar tersebut ternyata membuatkan ramai peminat tidak keruan terutamanya di kalangan wanita yang terpesona dengan ketampanan jejaka berusia 26 tahun itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang tidak sabar untuk membeli dan merasai air tangan bekas peserta program Da’i musim keempat itu.

 

 

Leave a Reply