SEBAIK DIIJAB KABUL – SYANIE KOTA JANJI BERHIJAB

Hebahkan !!!

“Saya pernah berkongsi dengan suami yang ketika itu masih berstatus tunangan mengenai keputusan mahu bertudung. Suami tanya bila saya mahu berhijrah, namun saya tiada jawapan pasti. Cuma, saya ada memberi bayangan kemungkinan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia sangat menggalakkan perubahan dalam hidup saya.

“Tanpa bertanya panjang lebar, suami bersetuju. Alhamdulillah, saya mengotakan janji saat kami diijabkabulkan. Suami menjadi penyokong setia saya dalam apa juga keputusan dibuat,” ujar pelakon dan pelawak, Syanie Hisham, 47, yang memilih untuk berhijab serentak dengan hari bahagianya bersama suami, Zahril Hafiz Mohammed Nor, minggu lalu.

Anak penerbit filem, Ruhani Abdul Rahman itu berkata, keputusan mahu berhijab sudah disuarakan kepada suami, sejak tahun lalu. Mengikat tali pertunangan pada Ogos, tahun lalu, Syanie berkata, dia harus menjaga batasan dan maruah suami apabila kembali bergelar isteri.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam perkembangan lain, Syanie berkata, imejnya tidak menjadi masalah untuk filem ‘Hantu Kuat Ketawa’ yang sekali lagi menggandingkannya dengan pelawak bertaraf legenda, Saiful Apek. Peserta program Masterchef Selebriti musim kedua itu berkata, secara kebetulan, filem kedua arahan Mawi itu memang watak bertudung.

“Jadi, saya setuju sahaja dengan lamaran Mawi. Insya-Allah, penggambaran filem ini akan bermula minggu depan. Saya teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbas kembali kenangan bersama Apek, suatu ketika dahulu.

Image_3.jpg

“Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, saya sebenarnya terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Apek. Terima kasih Mawi kerana kembali menyatukan kami,” katanya.

Untuk makluman, Syanie melangsungkan pernikahan kali ketiga dengan perunding kewangan berstatus duda tanpa anak itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 19 Februari lalu. Majlis ringkas berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Suami mula mendekati saya, sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya belum terfikir mencari pengganti. Pengalaman kegagalan rumah tangga lalu mematangkan saya. Namun, suami bersungguh-sungguh mahu ‘memancing’ saya sejak tahun lalu,” tuturnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *