Penggali kubur temui ajal ketika menggali

Hebahkan !!!

NEW YORK: SEORANG penggali kubur di New York, Amerika Syarikat maut apabila tertimbus ketika sedang menggali kubur di Washington Memorial Park pada jam 8.30 pagi Khamis.
Memetik laporan 9news.com, kejadian dipercayai berlaku apabila lubang kubur yang digali mangsa runtuh mengakibatkan mangsa tertimbus pada kedalaman dua meter.

Rodwin Allicock yang berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut seorang lagi rakan pembantunya, pihaknya cuba menggali semula kubur berkenaan bagi menyelamatkan mangsa. bagaimanapun, usaha itu gagal.
Sementara itu, pihak polis New York dalam satu kenyataan pada Khamis mengesahkan perkara berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *