YUSRY SAHKAN LISA SURIHANI KINI HAMIL ANAK KETIGA

Hebahkan !!!

 

“Ada mata tajam memandang, seolah-olah dapat menebak Lisa berbadan dua. Gambar dimuat naik mengundang spekulasi, tetapi tidak mengapa, ia perkara baik, lambat laun orang akan tahu juga. Alhamdulillah, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne akan dapat adik, tidak lama lagi.

“Saya harap peminat dapat mendoakan terbaik untuk Lisa,” demikianlah jelas pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim yang mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, anggota kumpulan trio KRU itu enggan mendedahkan berapa bulan kandungan isterinya. Secara kebetulan, Yusry memuat naik gambarnya bersama Lisa sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka, semalam. Bagaimanapun, ramai pengikut mempersoalkan bentuk badan Lisa kelihatan seperti berbadan dua.

Image_2.jpg

Yusry turut memuat naik gambar potret berupa abjad mewakili dua anaknya, hari ini. Ia juga bagaikan menjawab persoalan isterinya sedang hamil anak ketiga.

“Ikutkan berita gembira ini hanya dikongsi sesama ahli keluarga sahaja. Kami juga tidak terbuka berkongsi berita kehamilan selama ini. Namun, kami juga tidak boleh mementingkan diri dalam soal ini. Ada pasangan ditakdirkan lambat beroleh cahaya mata, kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

Image_3.jpg

“Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap mendapat cahaya mata, insya-Allah,” kata Yusry.

Sementara itu, Lisa memanjat kesyukuran kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil: “Semoga Allah dipermudahkan segala-galanya. Insya-Allah,” kata Lisa.

Untuk makluman, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua sepasang cahaya mata, Yahaira dan Yusof.

Image_4.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *