Tourism Malaysia sedia tarik semula pelancong India apabila sempadan dibuka

Hebahkan !!!

24/02/2021 05:41 PM

NEW DELHI, 24 Feb –Tourism Malaysia mengadakan perbincangan dengan pengusaha pelancongan dan syarikat penerbangan untuk menarik semula pelancong dari India apabila sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan.

Menerusi perbincangan membabitkan persatuan pelancongan tempatan dan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia – Malaysia Airlines, Malindo, dan AirAsia itu beberapa inisiatif dan aktiviti baharu telah dikenal pasti.

“Kami berbincang mengenai situasi terkini dan persiapan yang perlu dibuat apabila sempadan antarabangsa dibuka semula,” kata pengarah pejabat Tourism Malaysia di New Delhi Sulaiman Suip kepada Bernama pada Selasa.

India adalah pasaran utama Malaysia sebelum pandemik COVID-19, dengan kedatangan 735,309 pelancong India pada 2019.

Tourism Malaysia turut menyatakan komitmen Malaysia mengenai keselamatan dan kebersihan dalam situasi pasca COVID-19.

Mesyuarat yang diadakan di Bangalore, selatan India pada 19 hingga 21 Februari itu dihadiri petugas pejabat Tourism Malaysia New Delhi, Mumbai dan Chennai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *