Jepun, AS meterai perjanjian perbelanjaan ketenteraan

Hebahkan !!!

24/02/2021 04:51 PM

TOKYO, 24 Feb — Jepun dan Amerika Syarikat(AS) menandatangani perjanjian perlanjutan mengenai perbelanjaan penyelenggaraan ketenteraan AS bagi tahun fiskal 2021, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan Duta AS ke Jepun Joseph Young telah menandatangani perjanjian dua hala mengenai perbelanjaan itu.

“Seterusnya, kami akan meminta parlimen meluluskannya sebelum ia dapat dikuatkuasakan sebelum tahun fiskal berakhiri,” kata Toshimitsu Motegi pada sidang media, Rabu.

Pada awal Februari, Jepun dan AS mencapai persetujuan sementara bagi tahun fiskal 2021 mengenai kos penyelenggaraan ketenteraan AS yang ditempatkan di Jepun mengikut syarat lama, sehingga kesepakatan jangka panjang baharu dirundingkan. Perjanjian lima tahun semasa dijangka berakhir pada Mac.

Tentatif perjanjian menyatakan kos ditanggung Tokyo hampir sama, iaitu 200 bilion yen (US$1.92 bilion) setahun mulai 1 April, yang pada dasarnya adalah lanjutan perjanjian lama. Tokyo dan Washington bersetuju meneruskan rundingan perjanjian jangka panjang baharu selepas tahun fiskal semasa, yang berakhir 1 April depan.

Jepun menanggung kos berkaitan penempatan tentera AS sejak 1978. Di bawah perjanjian terbaru, perbelanjaan tahunan Jepun berjumlah 199.3 bilion yen.

Bekas Presiden Donald Trump telah lama berusaha supaya Tokyo mengeluarkan lebih perbelanjaan, dengan menyatakan perjanjian yang ada sebagai sepihak. Dilaporkan terdapat sekitar 54,000 tentera AS ditempatkan di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *