“AAISYAH LOOKS JUST LIKE YOU…” – SASHA KONGSI FOTO MASA KECIL SEMPENA BIRTHDAY ZAIN

Hebahkan !!!

Tanggal 23 Februari merupakan ulang tahun kelahiran suami kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan, pelakon Zain Saidin yang kini genap usia 37 tahun.

Bersempena hari istimewa tersebut, kakak Zain iaitu pelakon dan penyanyi Sasha Saidin ada menitipkan ucapan yang dipautkan bersama sekeping foto lamanya bersama Zain ketika masih kanak-kanak.

Kongsi Sasha yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Elite itu menerusi hantaran di laman Instagram, dia mendoakan agar adiknya ini dipanjangkan umur dan dirahmati Yang Maha Esa.

“Can I get an “Awwwww…” ? 👧🏻🧒🏻. Happy 37th birthday my little brother Zain Da Pain @zainsaidin23 🥳🥳🥳. May you always be blessed with ❤️, ✌🏻 and 💰 for many more years to come. Stay safe and keep your 😷 on 🤗😁.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Have a good one Zain Da Pain! Love ya loads! Xoxo 💋 . p/s Aaisyah looks just like you in this picture… 🥰. #ADashOfSash💋 #CommittedToTheCelopians #DiaryOfADevotedDomesticatedDabawi #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang,” tulis Sasha.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan memuji keakraban adik-adik beradik ini selain ada yang samakan wajah Zain dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Malah tak kurang yang turut memuji kecomelan mereka berdua.

Untuk makluman, Zain telah berkahwin Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, sekitar tahun 2013. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang telah dilahirkan pada 1 November 2014.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply