Ayu Damit Akui Bel4nja RM10 K Sebulan Untuk Cantik

Hebahkan !!!

 

Tak kedekut dalam menjaga penampilan, penyanyi Ayu Damit berkata dia sanggup berbelanja besar bagi mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran.

Menurut bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh ini, dia memperuntukkan perbelanjaan lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.

“Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan..selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebabitu perlu ambil berat tentang penampilan.

“Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdullilah,” katanya.

Bersyukur kerana memiliki kulit yang sihat tanpa masalah, Ayu berkata dia tidak berminat untuk mendapatkan kulit putih seperti segelintir wanita lain.

“Saya buat rawatan wajah di klinik sebab nak dapat kulit sihat bukan nak mengubah apa-apa. Saya amalkan vitamin C dan makanan tambahan, saya nak kulit putih.

“Biarlah kulit tan macam ni sebab memang daripada dahulu warna kulit saya begini, jadi tak mahulah ubah sampai jadi rupa orang lain pula! Saya yakin dengan warna kulit ini kerana bagi saya kecantikan itu subjektif,” katanya.

Leave a Reply