Identiti mangsa kes bunuh dikenal pasti

Hebahkan !!!


© Provided by Harian Metro Laporan Portal Harian Metroam

Alor Setar: Mangsa kes pembunuhan kejam yang ditemukan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, di sini malam tadi, dikenal pasti sebagai Chua Hock Soon @ Chua Leok Eng, 73.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dilaporkan menetap di Jalan Simpang Empat, di sini.

Menurutnya, suspek berusia 30-an pula tinggal di kawasan perumahan awam Mergong.

“Siasatan mengenai motif kejadian sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penemuan mayat warga emas yang dipercayai dicampak atau ditinggalkan di hadapan sekolah berkenaan dipercayai selepas dibunuh di lokasi lain.

Pihak berkuasa percaya mangsa terbabit dalam kes pergaduhan yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini.

Suspek ditahan orang awam selepas kereta dipandunya melanggar penunggang motosikal di Taman Wira Mergong ketika melarikan diri selepas meninggalkan mayat mangsa di hadapan sekolah berkenaan.

Lelaki berusia 30-an itu dilaporkan berada dalam keadaan khayal ketika ditahan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *