Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar V4ksin COV1D-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera

Hebahkan !!!

Seperti yang sedia maklum, vaksin c0v1d-19 telah sampai di Malaysia pada 21 Februari yang lalu dan kini semua orang di Malaysia boleh mendapatkannya dengan cara mendaftar di applikasi MySejahtera.

Terdapat cara untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin c0v1d-19, mudah sahaja dan anda dapat menyelesaikannya dalam hanya beberapa minit. Berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Kemas kini aplikasi MySejahtera anda dan setelah itu anda akan dapat lihat bahagian baharu untuk pendaftaran vaksin.

2. Tekan butang pilihan vaksin c0v1d-19 pada skrin utama Mysejahtera dan anda akan dapat melihat dan mengemas kini profil anda bagi memastikan nama, nombor IC atau Pasport dan nombor telefon anda betul.

3. Setelah disahkan, anda boleh terus mendaftar untuk program vaksinasi. Namun Fasa 1 yang akan bermula hari ini hanya untuk kumpulan barisan hadapan. Anda boleh terus mendaftar dan akan diberitahu ketika fasa seterusnya bermula.

4. Dibahagian ‘Click Here’, anda akan dibawa untuk menjawab empat soalan yang merangkumi minat anda untuk mendapatkan vaksin. Jawab semua soalan untuk menyelesaikan pendaftaran vaksin c0v1d-19 anda.

Difahamkan kemas kini terbaharu ini hanya untuk sistem iOS, manakala versi Android perlu menunggu kemas kini terbaharu yang akan segera dilancarkan.

Untuk rekod, fasa pertama akan merangkumi 500,000 kumpulan barisan hadapan dari Februari hingga April 2021. Fasa 2 akan berlangsung dari April hingga Ogos 2021 yang merangkumi 9.4 juta orang. Manakala Fasa 3 akan bermula Mei 2021 sehingga Februari 2022 dengan melibatkan 13.7 juta orang.

Leave a Reply