Pertahan Janna, Lia Natalia pun kena ‘serang’

Hebahkan !!!


© Provided by Harian Metro LIA Natalia membuat penjelasan di Akaun Instagramnya.najiy.jefri

Kuala Lumpur: Niat pelakon Lia Natalia untuk ‘menyelamatkan’ Janna Nick daripada menjadi mangsa serangan peminat fanatik Korean pop (K-pop) tidak berhasil apabila dirinya turut dikecam teruk.

Menerusi komen yang ditinggalkan di akaun Instagram Janna, Lia menasihatkan kepada peminat fanatik K-pop agar tidak terlalu taksub sehingga menyebabkan artis tempatan itu bersumpah dengan nama al-Quran.

“Saya nak buat penjelasan dan minta maaf sekiranya ada buat salah, salah cakap atau salah komen sebab saya ada komen di posting Janna Nick dan kena hentam di situ.

“Saya sudah padamkan pun komen itu sebab tak nak ada pergaduhan pun di situ.

“Saya tak cakap semua peminat Kpop ini taksub, saya pun suka Korea. Saya suka dengar lagu Korea, tengok filem Korea malah rambut saya pun macam Korea,” katanya.

Menurut Lia, komen nasihat yang ditinggalkan di akaun Instagram Janna hanyalah untuk memberi kata semangat kepada aktres itu yang dikecam hebat beberapa hari lalu.

“Jadi saya cuma cakap janganlah taksub sampai nak alami tekanan sampai orang tu siap bersumpah atas al-Quran.

“Sudahlah, orang itu dah jelaskan dan janganlah diperbesarkan.

“Saya hanya memberikan sokongan kepada kawan saya dan nak bagi kawan saya kuat, itu saja. Janganlah kecam saya. DM saya sebabkan benda itu. Korang nak maki hamun, jadi saya minta maaf lagi sekali kalau salah cakap,” katanya.

Terdahulu nama Janna tular di Twitter apabila video yang dirakamkan Sharifah Sakinah yang didakwa mentertawakan artis K-pop yang meninggal dunia mendapat kecaman netizen.

Video terbabit difahamkan dirakam Sakinah secara tidak sengaja sekitar dua tahun lalu ketika berada di dalam sebuah salun.

Janna menegaskan, dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan si mati dan bersumpah atas nama al-Quran selain memohon maaf kepada netizen.

Bagaimanapun, nama Janna masih panas di Twitter gara-gara kemaskini terbaharu akaun Instagram yang didakwa sengaja mengejek nama beberapa artis terkenal antarabangsa termasuk Robert Pattinson dan Lisa Blackpink.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *