KENA BURU BANK ANGKARA HUTANG – “SABAR YA SAYANG” AZHAN RANI

Hebahkan !!!

“Sabar ya sayang. Sekejap, nak check duit pusaka dari Hong Kong yang dah bersawang tu ada lagi tak. Ada balance nanti kita dating kat rooftop KLCC,” begitulah seloroh Azhan Rani apabila kerap menjadi buruan pihak bank.

Ini gara-gara dia gagal melunaskan pinjaman tepat pada masanya berpunca daripada sekatan terhadap pihak produksi daripada menjalani penggambaran ‘outdoor’ sekaligus, menjejaskan pendapatannya bulan ini.

“Minggu ini ramai ‘awek’ bank call… rindu betul dia orang kalau aku lambat bayar commitment kali ini. 2021 ini pula belum ada income lagi sebab ikut arahan negara,” tambahnya melalui media soaial.

Selain Azhar, beberapa pelakon lain turut meluahkan kebimbangan susulan larangan terhadap pihak produksi daripada menjalani penggambaran di lokasi luar.

Larangan itu secara tidak langsung menjejaskan pendapatan mereka yang terbabit dalam bidang tersebut.

Leave a Reply