[VIDEO] MUAT NAIK VIDEO TIKTOK – NETIZEN ‘TARBIAH’ MK K-CLIQUE PAKAI GELANG & CINCIN EMAS

Hebahkan !!!

“Baju Melayu, songkok, gigi putih dah okay dah… Tapi pakai gelang emas. – Maaflah nak komen lelaki haram pakai emas. Tak kiralah cincin ke, gelang ke, apa-apa jenis emas lelaki haram pakai.

“Kalau tak pakai gelang kat tangan lagi manis,” itulah antara komen-komen netizen yang tampil menegur aksi ahli kumpulan K-Clique, MK apabila dia dilihat memakai seutas gelang emas dan cincin menerusi video TikTok yang dimuat naiknya di laman Instagram.

Dalam video terbabit, MK yang lengkap memakai baju Melayu hijau bersongkok menarik tumpuan dan mencairkan hati ramai pengikutnya dengan gaya bersahaja.

Image_2.jpg

Lebih melucukan apabila ada yang memerhatikan perubahan gigi MK yang putih berkilat dalam video tersebut. Namun, yang menjadi perbalahan apabila ada yang kurang bersetuju dan kecewa dengan MK yang memakai perhiasan emas.

Selain menyatakan pemakaian itu haram bagi seorang lelaki Islam, tidak kurang juga yang menasihati MK agar menjaga imejnya supaya tidak menimbulkan keraguan atau fitnah.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *