KLUFC temu Red Giants pada perlawanan Piala Prihatin 27 Feb

Hebahkan !!!

20/02/2021 09:27 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kuala Lumpur United Club (KLUFC) akan menentang Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants dalam perlawanan sulung Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, di sini, minggu depan.

Perlawanan tersebut adalah sebagai sebahagian daripada persiapan pramusim Liga Super 2021 dan akan berlangsung pada 27 Feb, jam 8 malam, demikian diumumkan semasa pelancaran musim KLUFC 2021 yang disiarkan oleh Astro Arena hari ini.

Ahli Lembaga Pengarah KLUFC Khalid Abdul Samad berkata idea untuk perlawanan itu selaras dengan matlamat jangka panjang kelab untuk menyemarakkan sukan itu, menarik minat penyokong kelab serta mengembalikan kegemilangan pasukan itu.

Sebahagian daripada hasil kutipan melalui penajaan siaran langsung perlawanan itu akan disalurkan kepada badan amal.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, yang hadir pada majlis pelancaran itu, berkata kementeriannya bersedia meneroka peluang dalam menyediakan infrastruktur latihan untuk pasukan itu memandangkan pasukan itu kini diswastakan sepenuhnya.

KLUFC, di bawah jurulatih berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak, kembali semula ke Liga Super musim ini dan memulakan saingan liga dengan menentang Pulau Pinang FC pada 6 Mac.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *