China pamer kecanggihan teknologi inovatif dalam Gala Tahun Baru

Hebahkan !!!

11/02/2021 06:30 PM

BEIJING, 11 Feb — Gala Tahun Baru Cina anjuran Kumpulan Media China (CMG) bakal diadakan malam ini (Khamis) dan akan dihiasi persembahan menggunakan teknologi inovatif canggih.

Acara kali ini menarik hampir 400 media arus perdana dari lebih 60 negara dan wilayah.

Agensi berita The Associated Press (AP) dalam rencana diterbitkan pada Rabu, menyifatkan penggunaan teknologi inovatif mencerminkan kemajuan terkini CMG dalam aspek “5G+4K/8K+AI” yang menjanjikan satu kejutan audio-visual kepada penonton.

Sementara itu, akhbar Rossiiskaya Gazeta milik kerajaan Rusia dalam laman webnya turut memberikan liputan mengenai acara tersebut.

Gala tahun ini dipercayai akan menyajikan satu temasya budaya bertaraf tinggi, khususnya bagi rakyat yang menyambut perayaan di lokasi masing-masing dan tidak pulang ke kampung, memetik rencana itu.

Difahamkan, acara itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia CMG serta platform media baharunya dalam 43 jenis bahasa, selain bekerjasama dengan lebih 600 media di lebih 170 negara dan wilayah.

Leave a Reply