Belanda gantung proses pengambilan anak angkat dari luar negara

Hebahkan !!!

09/02/2021 01:25 PM

ROTTERDAM, 9 Feb — Belanda pada Isnin menggantung proses pengambilan anak angkat dari luar negara berikutan banyak laporan mengenai penyalahgunaan serius, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Perlindungan Undang-undang Sander Dekker berkata kerajaan gagal campur tangan selama bertahun-tahun dengan menutup mata terhadap masalah tersebut.

Dekker meminta maaf kepada mangsa dan mengatakan semua proses pengambilan anak angkat dari luar negara digantung serta-merta.

Langkah itu diambil setelah menerima laporan Suruhanjaya Joustra mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan Belanda dalam pengambilan anak angkat antara 1967 hingga 1997.

Menurut laporan itu, Belanda selama ini bersikap sangat pasif disebabkan itu pengawasan terhadap prosedur tidak mencukupi dan tidak ambil peduli mengenai masalah yang berlaku.

Suruhanjaya Joustra mendapati beberapa negara telah melakukan penyiasatan terhadap pelanggaran struktur itu dan kerajaan Belanda menyedari berlaku keganasan dalam beberapa kes, tetapi tidak mengambil langkah segera yang berkesan.

Masalah itu termasuk melarikan anak, pemerdagangan kanak-kanak, dan tindakan tidak beretika pegawai kerajaan — berlaku sejak 1960-an, menurut kenyataan itu.

Leave a Reply