Aliff Syukri ‘Terlajak Laris’ Khatan Kali Kedua

Hebahkan !!!

“Terimakasih Kepada Doktor Yang Telah Menyunatkan Saya” – Aliff Syukri

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri menaikmuat foto anaknya kena khatan di sebuah klinik swasta.

Menurut Aliff, beliau memilih perkhidmatan klinik berkenaan untuk mengkhatankan anaknya kerana menggunakan teknologi baru tanpa suntikan jarum.

Menurut Aliff lagi anaknya memang jenis tidak tahan sakit, jadi beliau membuat keputusan menggunakan khidmat klinik berkenaan.

Bagaimanapun kapsyen Aliff menggelikan hati apabila beliau tersilap menulis. Dalam kapsyen tersebut beliau menulis ucapan terimakasih kepada doktor tersebut kerana menyunatkan beliau.

Mungkin Aliff mahu bergurau dengan netizen bab khatan. Cuma risau kalau betul kena sunat lagi apa yang tinggal?

Harap Dato Aliff Syukri tidak marah dengan usikan netizen nanti.

Leave a Reply