HAMIL 6 BULAN – FOTO OOTD TERKINI AIN EDRUCE CURI TUMPUAN

Hebahkan !!!

Pelakon dan pengacara Ain Edruce dilihat masih lagi aktif berkerja seperti biasa, meskipun usia kandungannya kini telah memasuki usia enam bulan.

Menerusi laman Instagram, Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce, dilihat telah berkongsi beberapa hantaran saat selesai mengacarakan sebuah program digital.

Jelas Ain, alang-alang dia sudah bersiap untuk berkerja, tidak salah untuk dirinya berkongsi foto ‘ootd’: “Thank you semua yang tengok #LIMALETOP LIVE tadi. Alang-alang dah siap, ootd la sikit. Hehe,” tulisnya ringkas.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Entri tersebut nyata mencuri tumpuan ramai pihak yang terpegun melihat gaya serta kecantikan seri wajah yang dimiliki ibu mengandung itu.

Malah, rakan-rakan artis juga turut mengusik mengatakan mereka juga ingin mengandung andai turut sama kelihatan cantik seperti Ain. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan segala urusan Ain sewaktu hamil dan melahirkan nanti akan dipermudahkan.

Terdahulu, hos program Hero Remaja 2020 ini mendirikan rumah tangganya bersama pilihan hati, Amirul Hafiz pada tanggal 13 Disember 2019. Ain telah mengumumkan sedang hamil anak pertama pada November tahun lalu menerusi saluran YouTube miliknya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply