MAJLIS TUNANG ELISYA SANDHA & UZAIR HAQIMY DIPERSOAL BUAT KETIKA PKP [VIDEO]

Hebahkan !!!

Image_1.jpg

Semua sedia maklum mengenai adik pelakon Fasha Sandha, pelakon Elisya Sandha yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, perkhabaran gembira itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan mereka boleh diadakan ketika negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu menjadi bualan hangat di laman Twitter apabila ada yang mengatakan bukankah Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak boleh mengadakan majlis pertunangan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Malah, ramai yang meluahkan rasa hairan apabila mereka boleh mengadakan majlis pertunangan sedangkan sudah dinyatakan bahawa majlis keramaian tidak boleh diadakan.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan ramai yang terpaksa menunda tarikh majlis istimewa mereka susulan PKP tetapi mereka boleh sahaja membuat majlis seperti biasa. Malah, ada yang mempersoalkan adakah SOP untuk rakyat biasa sahaja tetapi mereka yang kaya boleh melakukan sesuka hati.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply