“SAYA TAKUT…” – KERJAYA SENI, USOP ENGGAN LIBATKAN TEMAN WANITA

Hebahkan !!!

“Kalau boleh orang yang (berkait) peribadi, saya tak nak masuk dalam bidang saya, saya takut… kalau boleh saya nak fokus pada karier saya sahaja. Lagipun dia tak berminat sangat berlakon, kalau setakat jadi model beolehlah,” kata penyanyi Usop.

Usop memaklumkan bahawa dia lebih selesa untuk tidak membabitkan teman wanitanya yang juga merupakan seorang model sambilan dalam kerjaya seninya. Menurut Usop, 24, berkata sebolehnya dia enggan mencampuri hal berkaitan peribadi dalam karier muziknya.

Usop yang kini tampil dengan single terbaharunya berjudul ‘Lenyap’ itu berkata demikian sebagai respon mengenai kesediaannya untuk menjadikan teman wanita sebagai pelakon dalam muzik video lagunya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Begitupun, kata Usop, dia turut mendapatkan komen mengenai lagu baharunya itu daripada teman wanita bernama Nur Fatehah.

“Saya ada beri dia dengarkan lagu ini, dia cakap sedap,” tutur Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor.

Dalam pada itu, Usop mengakui menggunakan pelakon wanita sama dalam muzik video ‘Lenyap’ kali ini.

Image_3.jpg

“Jalan cerita muzik video lagu ini merupakan kesinambungan daripada ‘Aku Yang Bersalah’ dan ‘Selamanya’. Jadi, kami guna perempuan yang sama,” ujarnya.

Kata Usop lagi, dia berharap agar muzik video itu nanti dapat mencecah melebihi 23 juta tontonan yang merupakan rekod terbaik yang pernah dicapai sebelum ini menerusi lagu ‘Selamanya’.

Muzik video ‘Lenyap’ telah menemui orang ramai secara rasmi di Youtube menerusi saluran Universal Music Malaysia semalam.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply