KISAH BENAR – HELIZA HELMI DAN ADIK DEDAH SUKA DUKA JADI PESAKIT COVID-19

Hebahkan !!!

Ramai tahu bahawa baru-baru ini, penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi juga telah disahkan positif Covid-19.

Di laman Instagram, mereka telah berkongsikan pengalaman suka dan duka apabila menjadi pesakit Covid-19.

“QadarAllah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik.

“Sebenarnya taktau nak mula dari mana. Dalam kepala ni banyak sangat nak share , jika ada manfaat alhamdulillah

“Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi… keluar rumah tinggalkan keluarga november 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga…

HH%2B2.jpg

“Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan xm online .moga Allah merahmati beliau aamiin.

“Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat..

“Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil..

HH%2B3.jpg

“Di situlah lagi jelas nampak bagaimana PENGORBANAN FRONTLINERS TERLALU BESAR. Tulis ni pun sebak YA ALLAH…

“Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami x mampu balas jasa baik kalian…

“Dan benar, Covid 19 is real. Almost semua simptom ALLAH bagi rasa.. alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada ALLAH.

“Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang dah,” kongsi Heliza.

HH%2B4.jpg

HH%2B5.jpg

Leave a Reply