DEDAH DIRABA KRU WANITA – HAFREEZ ADAM KESAL DITUDUH SENGAJA CARI PUBLISITI MURAHAN

Hebahkan !!!

Baru-baru ini, pelakon Hafreez Adam menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya telah membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang kru produksi wanita di sebuah set penggambaran drama pada dua tahun lalu. Perkongsian Hafreez itu telah mendapat perhatian media luar negara.

Menurut Hafreez, wanita berkenaan suka memegang dada dan punggungnya. Katanya lagi, dia terkejut dengan tindakan sedemikian dan bertindak memarahinya. Namun, meskipun sudah ditegur berkali-kali namun wanita tersebut memberi alasan bergurau.

“Benda ni pernah jadi pada Abe dekat set shooting. Ada satu perempuan ni (but abang-abanglah). Suka grab my ass and chest. Mula-mula Abe macam terkejut. Abe cakap ‘kepala otak kau’. Then dia gelak. Abe pernah cakap ‘Janganlah, aku tak suka’, tapi dia buat juga sebab pada dia hanya gurauan,” katanya.

Lebih memalukan, Hafrezz berkata wanita itu turut melakukan perkara sedemikian di tempat awam ketika menjalani penggambaran di pusat membeli-belah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Hafreez turut meluahkan rasa kesal kerana isu gangguan seksual terhadap lelaki sering dipandang ringan, tetapi jika berlaku sebaliknya teruk lelaki dihentam.

“Kalau perempuan buat, tidak mengapa sebab dianggap gurauan. Tetapi kalau lelaki yang buat, laju saja kena kecam. Jika lelaki bercakap isu ini, orang pandang serong,” ujarnya.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, tujuan dia berkongsikan perkara itu adalah sekadar untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai di luar sana.

Image_3.jpg

“Bila saya berkongsikan perkara ini, baharulah saya tahu ramai rupanya lelaki yang pernah mengalami pengalaman macam saya. Kebanyakan mereka beritahu saya menerusi DM (direct message), bila jadi macam itu mereka terpaksa diamkan sahaja sebab bila bersuara, orang di sekeliling akan kata yang kami overdramatic.

“Bagi saya, gangguan seksual ini tidak mengira gender. Ia boleh berlaku kepada perempuan dan juga lelaki, konsepnya adalah sama. Saya harap ramai orang akan jadi lebih alert bila melibatkan perkara sebegini dan jangan anggap ia sebagai satu gurauan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Hafreez berkata selepas menceritakan insiden itu, dia telah menerima komen negatif daripada netizen yang menuduhnya sengaja mahu mendapatkan publisiti murahan di atas perkongsian tersebut.

Image_4.jpg

“Saya ada baca komen yang kata saya sengaja memperbesar-besarkan cerita dan overdramatic. Malah ada juga yang tuduh saya sengaja nak publisiti murahan bila kongsi cerita macam ini.

“Disebabkan komen-komen negatif macam itulah, ramai mangsa gangguan seksual tak mahu tampil ke hadapan. Ramai orang anggap perkara ini macam dah biasa (gurauan lucah/seksual) dalam masyarakat kita.

“Disebabkan itu saya rasa terpanggil untuk beri kesedaran mengenai isu ini. Saya harap lepas ini, kita semua akan jadi masyarakat yang tahu menghormati batas-batas dalam bergurau. Macam saya, selain bahagian sulit yang sudah semestinya tak boleh disentuh, saya pun tak suka dan cukup sensitif kalau orang nak pegang biceps atau perut saya,” tuturnya.

Image_5.jpg

Susulan itu, Hafreez berharap mana-mana individu yang pernah melalui insiden sepertinya agar sentiasa berani untuk berkata tidak dalam mempertahankan diri masing-masing.

“Sekarang, kalau ada orang nak buat perkara macam itu lagi, memang saya akan terus ‘sound’ masa itu juga. Saya harap orang yang melalui pengalaman sama macam saya akan jadi lebih berani untuk stand up for yourself.

“Jangan risau orang cakap ‘overdramatic’ atau apa, sebab apa yang mereka buat itu memang satu kesalahan. Jangan biasakan perkara yang salah,” katanya.

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Leave a Reply