BILA SWEET QISMINA ‘BERPERANG’ ISU AMBIL & PULANG BUKU TEKS DI SEKOLAH

Hebahkan !!!

“Tak semua umur muda ye yang larat nak gerak dengan panas terik berjalan kehulur kehilir. Saya yang baru 24 ini pun tak larat dan tak tahan. Takkan orang berumur kena buat macam itu?” kata pelakon Sweet Qismina yang meluahkan rasa kesal terhadap sistem pengambilan dan pemulangan buku teks oleh pihak sekolah adiknya.

Sama seperti tahun lalu, sesi persekolahan sesi 2020 masih tidak dapat dijalankan seperti biasa susulan kes Covid-19 yang agak membimbangkan dan pelajar perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Sweet Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina berkata dia akui tidak berpuas hati dengan sistem yang yang dilakukan sendiri oleh pihak sekolah sewaktu mengambil buku teks milik adiknya yang berusia 17 tahun.

Katanya lagi, syarat pengambilan dan pemulangan buku teks yang ditetapkan sekolah berkenaan agak mengarut apatah lagi tidak semua ibu bapa larat untuk membawa buku teks yang berat itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kata Sweet lagi, dia yang masih muda pun tidak larat untuk memikul buku teks berkenaan dan perlu berjalan di tengah panas terik, apatah lagi ibu bapa yang sudah tua.

Dalam pada itu, Sweet turut meminta pihak sekolah agar memberi kerjasama sewajarnya seperti menunjukkan jalan kepada ibu bapa untuk memudahkan keadaan.

Namun, Sweet memberitahu garis panduan yang hanya membenarkan ibu bapa mengambil dan memulangkan buku teks semenangnya sudah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Image_3.jpg

“It’s normal for me ( not sure for you ) to have textbooks under my table. Plus it was from last year so obviously buku masih ada di sekolah. But why? I MEAN REALLY, WHY parents yang kena buat? Is it same for other school?

“Buat la syarat macam mana pun but tolong la bukan PARENTS yang buat. Tak semua badan masih kuat untuk angkat and jalan kehulur kehilir bawak buku.

“Sungguh, I rasa sedih gila tengok parents yang mengeluh penat & badan tak larat. Plus, OLD PEOPLE lagi HIGH RISK bila kena COVID ye. @kempendidikan @cbn.alumni do something!” ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply