CINCIN RISIK – NEELOFA KEMBALI SARUNG?

Hebahkan !!!

Sebelum ini, cincin risik yang diberi oleh Pencetus Ummah (PU) Riz di jari manis pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa dilihat tidak mempunyai bayangan akan kembali.

Namun terkini, menerusi Insta Story yang dimuat naik hari ini, memperlihatkan jari manis Neelofa sudah tersarung kembali sebentuk cincin didakwa mirip cincin merisik yang diberikan keluarga pendakwah bebas, PU Riz sebelum ini.

Dek kerana itu, nama Neelofa kembali mendapat perhatian netizen. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu adalah cincin risik atau salah satu koleksi peribadinya.

Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah tidak lagi mengenakan cincin merisik ketika hubungannya dengan PU Riz dikatakan sedang dilanda masalah. Sehingga kini status hubungan pasangan itu masih menjadi tanda tanya selepas dikatakan dilanda badai sekitar akhir tahun lalu. PU Riz juga masih belum membuka mulut bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Neelofa.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Leave a Reply