INDIVIDU SINDIR WAJAH & PENAMPILAN DI TWITTER – NORLIA GHANI TAK AMBIL ‘POT’

Hebahkan !!!

Baru-baru ini ada individu menyindir pelakon veteran Norlia Ghani ketika memperkatakan mengenai kejelitaan aktres dan model, Kavita Kaur Sidhu. Gara-gara itu, nama Norlia Ghani tiba-tiba trending di Twitter dan sejak semalam hangat diperkatakan.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan memuat naik status membandingngan kejelitaan Kavita yang berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun dipersenda memiliki penampilan seperti Norlia.

Ditanya berhubung perkara tersebut, Norlia mengakui terkejut namanya menjadi bualan ramai. Bagaimanapun, beliau berkata dia tidak ambil serius mengenai perkara itu kerana ada perkara lebih penting perlu difikirkan.

“Cucu Mama menunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending hari ini. Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19. Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior,” katanya.

Namun begitu, netizen kesal dengan perkongsian tersebut seolah tidak menghormati Norlia sebagai bintang veteran yang memberi banyak sumbangan kepada industri seni.

Kata Norlia lagi, dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu memandangkan dia tidak aktif di laman Twitter, namun perkara itu diberitahu oleh cucunya.

Image_3.jpg

Leave a Reply