SUDAH PKP KALI KEDUA – OGY DIDAKWA MASIH BELUM BAYAR HUTANG?

Hebahkan !!!

Meskipun sudah dua kali PKP dilaksanakan di negara kita, namun penulis skrip teater komedi ‘Korupsi Dewan Semandung’ iaitu Aloy Paradoks mendedahkan dia masih belum menerima baki bayaran daripada penerbit, Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

Dakwa penulis skrip berkenaan, meskipun sudah lama berlalu, sehingga kini bayaran tersebut masih belum diselesaikan.

“PKP bertemu PKP. Pelakon kesayangan anda semua, Ogy Ahmad Daud, Alhamdulillah belum-belum jugak setelkan lagi bayaran upah saya menulis skrip teater Korupsi Dewan Semandung. Dia memang handal,” tulisnya menerusi perkongsian di Twitter.

Klik untuk gambar besar

OAD%2B2.jpg

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan nasibnya serta berharap perkara itu tidak terus berpanjangan.

Untuk makluman, pada 2020, Ogy didakwa belum melunaskan bayaran oleh beberapa krew dan artis teater itu setelah ianya dipentaskan di Istana Budaya.

Leave a Reply