COVID-19: Rakyat Malaysia antara kes jangkitan dalam komuniti di Singapura

Hebahkan !!!

 

SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 43 tahun antara dua kes jangkitan dalam komuniti, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

Menurut kenyataan MOH, wanita berkenaan bekerja di Azur, Hotel Crowne Plaza Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (75 Airport Boulevard), lapor agensi berita CNA.

Katanya, tugas wanita itu termasuk menghantar makanan yang sudah dibungkus kepada anak kapal dan tetamu hotel dan beliau tidak bergaul dengan pelanggan di restoran, menurut MOH.

“Beliau mengalami simptom semasa di tempat kerja pada 3 Januari lalu dan mendapat rawatan di klinik dua hari kemudian, di mana beliau diuji untuk COVID-19, di bawah ujian masyarakat yang dipertingkat untuk menguji semua individu yang berusia 14 tahun dan ke atas yang mengalami jangkitan pernafasan akut (ARI).

“Hasil ujiannya didapati positif COVID-19 dan keesokan hari dan dia dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID). Ujian serologi yang dijalankan adalah negatif, menunjukkan ia mungkin jangkitan baru,” kata MOH.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendedahkan bahawa dia mungkin dijangkiti COVID-19 jenis baru iaitu B117. Ujian awalnya daripada Ujian Rutin Dijadual (RRT) – yang terakhir dilakukan pada 31 Disember lalu – negatif COVID-19.

Berikutan itu, Hotel Crowne Plaza di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi akan ditutup selama 14 hari bermula hari ini hingga hingga 21 Januari 2021.

Hotel itu akan berhenti menerima tetamu baru, dan anak kapal warga asing yang kini tinggal di hotel tersebut akan keluar secara bertahap-tahap. Anak kapal yang baru tiba akan ditempatkan di kemudahan lain.

Selain itu, kedai restoran dan ruang acara di hotel tersebut akan ditutup.

Sehingga semalam, Singapura melaporkan 33 kes baharu dengan dua jangkitan dalam komuniti dan 31 kes import, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di republik itu sebanyak 58,813 kes. – AGENSI

Leave a Reply