PH terbuka kerjasama dengan pembangkang lain

Hebahkan !!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim

03/01/2021 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka sekiranya ada mana-mana parti pembangkang yang berhasrat menyertai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagaimanapun, parti pembangkang itu harus bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan gabungan tersebut.

“Ada juga cadangan tentang mengundang pembangkang lain, kita tiada masalah, kita akan jelaskan apa prinsip kita perjuangkan iaitu menolak rasuah… kronisme dan saya percaya sebahagiannya menerima. Soal setuju atau tidak, itu hak mereka, kita tidak paksa tetapi ambil pendekatan terbuka,” katanya dalam sidang media selepas program ‘Sepetang 2021 Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim’ di sini hari ini.

Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa PH tidak akan meraih sokongan Orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengan beliau, Anwar berkata itu hanya andaian.

“Kita terbuka (bekerjasama dengan Dr Mahathir), jika beliau tidak mahu, kita ajak rakan lain, kita tidak boleh memaksa,” katanya.

Leave a Reply