‘Pi baliklah’, Dr Mahathir sindir sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ Anwar

Hebahkan !!!

Dr Mahathir Mohamad hari ini tidak dapat menyembunyikan rasa meluatnya terhadap Anwar Ibrahim apabila melontarkan sindiran ketika mengulas berhubung isu sokongan “kukuh dan meyakinkan” seperti didakwa pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Kalau tak ada kami (Pejuang) dia tak ada sokongan yang cukup. Dan berapa kali dia kata apa tu? ‘Strong, Formidable, Convincing majority. Pi balik lah,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu program di Shah Alam, Selangor hari ini.

Pada penghujung September, Anwar mengadakan sidang media untuk mengumumkan mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli-ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun ketika mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 13 Oktober, Anwar gagal membuktikan dakwaannya itu.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengatakan kerjasama dengan Anwar tidak akan berlaku kerana presiden PKR itu menolak tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas hilang kuasa awal tahun ini.

“Bila Pakatan Harapan kalah, tak jadi kerajaan kita cuba kerja (kembali). Walaupun Bersatu (ketika itu) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita ada apa yang dipanggil Pakatan Harapan Plus. Dan kita tawar untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Anwar tolak saya bulat-bulat. Tak boleh jadi apa pun, tak boleh masuk (kembali ke PH). Jadi yang tolak ni bukan saya tetapi dia,” katanya.

Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon perdana menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi.

“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi perdana menteri cuma enam bulan…oh tak boleh, dia punya yang ni.

“Bagi nama Shafie Apdal pun tak boleh, dia sahaja nak jadi perdana menteri. Tapi dia tak boleh jadi perdana menteri, kalau tidak ada sokongan yang cukup,” katanya.

Baru-baru ini Anwar dilaporkan berkata, PH boleh mengundang mana-mana parti untuk menyertai gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus patuh kepada prinsip mereka.

sumber FMT

Leave a Reply