20 individu ditahan terbabit aktiviti pelacuran di daerah Sentul

Hebahkan !!!


Gambar fail

01/01/2021 12:04 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis menahan 20 individu termasuk 15 wanita warga asing berumur antara 20 dan 40 tahun dipercayai terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam beberapa serbuan Op Noda di daerah Sentul, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata serbuan dilakukan bermula 2.03 pagi di beberapa premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran.

“Empat lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai penjaga premis dan penganjur aktiviti tidak bermoral ini adalah antara individu ditahan dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata siasatan awal di premis berkenaan mendapati kegiatan itu berselindung di sebalik perniagaan pusat refleksologi dan wang tunai berjumlah RM2,500 turut dirampas.

Menurutnya kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Leave a Reply